Tuesday, 24 September 2013

My healthy



Assalam kawan-kawan,

Kali ini Emma nak berkongsi satu fakta..Kawan-kawan tahu tak Organ paling bahaya pada tubuh manusia? Jawapannya, lemak di perut. Menurut Dr. Robert R. Henry, pakar endokrinologi dan perubatan Universiti California, San Diego, apabila kita makan dengan banyak, kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh, terutama perut. Apa yang anda tidak tahu ialah, sebaik berada di dalam perut, lemak tersebut berubah menjadi organ.

Tetapi tidak seperti perut, hati atau usus (sebagai contoh) yang membantu anda meneruskan kehidupan, lemak di perut merembeskan bahan inflamasi bertoksik. Ia menjadi pencetus interaksi yang rumit, yang mana kesannya boleh melemahkan jantung, merosakkan salur darah dan melemahkan sistem imun. Dan sekiranya berat badan terus bertambah, bermakna jangka hayat anda semakin pendek.